Saturday, 2 April 2011

ALQURAN ADALAH TEMAN PALING BAIK..

Dari anas bin Malik r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

"perumpamaan orang-orang mukmin yang membaca Al-quran bagaikan utrujjah (jenis buah jeruk yang besar dan kuning warnanyer ). Dan perumpamaan orang mukmin yang tidak membaca al-Quran bagaikan buah kurma yang tidak berbau tetapi lazat, dan perumpamaan orang yang berbuat dosa dan membaca al-Quran  bagaikan raihanah  ( jenis buah yang harum baunya naamun pahit rasanya)"

"Dan perumpamaan orang yang buat dosa dan tidak membaca al-Quran bagaikan hanzhalah (jenis buah kecil yang tidak berbau dan pahit rasanya ). perumpamaan teman dekat yang soleh bagaikan berteman dengan penjual minyak kesturi, jika kamu tidak mendapatkan minyak itu, namun kamu akan mendapatkan wanginya. Sedangkan perumpamaan seorang teman dekat yang jahat bagaikan berteman dengan seorang tukang kayu bakar, walaupun engkau tidak terkena orang hitamnye, namun engkau telah terkena asapnya." 

"Al-Quran.... orang-orang mukmin dan orang-orang yang berbuat dosa.... rasa dan bau wanginya..... teman yang baik dan teman yang buruk..."

Semua itu adalah topik pembahasan dalam hadis kita kali nie yer wahai kawan-kawanku yg ku sayangi sekalian..

Al-Quran yang mulia itu adalah dasar undang-undang yang nyata dan terumuskan dengan jelas. Kitab yang di dalamnya terdapat semua unsur yang ada, baik positif mahupun negatif,yang dekat atau yang jauh,itulah poros pembahasan yang ada dalam al-Quran.

Apabila kita membahaskan atau mengkaji secara khusus tentang Al-Quran , maka tidak akan cukup dapat dikaji ketika ini kerana al_quran tidak memerlukan pengkajian yang tidak biasa, dan di sini kita tidak dapat mempelajarinya. Seandainya di atas bumi ini seluruh pohon dijadikan pena untuk menulis, samudera dan laut dijadikan dakwatnya, maka dia tidak akan mampu menuliskan kalimat ALLAH. Bahkan untuk menjelaskan pokok-pokok pembahasan tentang kalimat ALLAH pun kita tidak akan mampu.

Oleh kerana itu, kita cukup pembahasannya dengan yang telah disabdakan Nabi Muhammad s.a.w. dalam hadisnya yang bercakap tentang al-Quran:
                  "Al-Quran itu merupakan tali pengikat yang sangat kuat dari ALLAh, merupakan zikir yang        sangat bijaksana. Di dalam Al-Quran tersimpan berita orang-orang sebelum dan sesudah kamu dan di dalamnya terdapat hukum yang berlaku di antara kamu."

                  "Orang yang bertindak sewenang-wenangnya yang meninggalkan al_quran akan dimusuhi ALLAH. Sesiapa memohon petunjuk kepada selain-Nya, maka ALLAH akan menyesatkan dia.Al-Quran adalah pemisah antara yang hak dan batil dan bukan senda gurau, yang tidak habis keajaibannya, dan tidak akan usang walaupun banyaknya penentang."

                 "Dan ia (Al-Quran) yang ketika bangsa jin mendengarkannya kemudian mereka berkata: "sesungguhnya kami telah mendengarkan Al-Quran yang menakjubkan, yang membimbing kepada petunjuk, maka kami pun beriman kepadanya..."

kita cukuplah sampai dan sini dan tidak perlu kita tambahkan keterangannya,sebab kita tidak berhak menambahkan perkataan Rasulullah s.a.w walaupun hanya satu huruf.

perumpamaan orang mukmin yang membaca al-Quran, bagaikan utrujjah, iaitu jenis buah jeruk yang warnanya kuning, baunya harum, dan rasanya lazat.Itulah jamuan ALLAH SWT bagi orang mukmin yang didapatkan dengan penuh warna dan kelazatan. Hidangan yang didapati dengan sangat mudah dan penuh semangat, bagaikan aliran darah yang sangat mengelilingi anggota tubuh dan membuat wajah manusia cerah dan bersinar.

Al-Quran merupakan jamuan yang selalu dihidangkan dalam kehidupan manusia. Ia tidak dihidangkan dalam satu waktu,kemudian diangkat di waktu yang lain. Ia mampu memberi makanan akal dan hati manusia. Setiap orang akan memperoleh banyak perkara darinya dan tidak didapati dari tempat lain.

Al-Quran juga yang dapat menghidupkan manusia dan makhluk ciptaan ALLAH yang lain dengan sebaik-baik kehidupan.Ia akan diketahui dari tanda-tandanya yang khusus dan ditemukan di mana-mana..

Dan al-Quran pulayang akan menjadi sebuah berita gembira bagi segenap cptaan ALLAH SWT dan bagi para hamba-Nya. Dengan keberadaannya Al-Quran dapat menjadi penyebab pertolongan dan pengikat erat dengan Pencipta, dengan segala kemanisan rasa dan hasrat seorang manusia yang ingin bertemu dangan Tuhannya.

Setiap orang akan berpisah dengan keluarga dan masyarakatnya. Oleh kerana itu, bagaimana pendapatu wahai rakan-rakanku, seandainya engkau menjadikan Al-Quran sebagai temanmu. Kamu membacanya dan memahaminya kemudian menjadikannya sebagai petunjuk jalan hidup yang dengannya engaku dapat berjalan di atas shirathal mustaqim.

Cukuplah bagmu engan mengikuti contoh yanh baik dan suri teladan kepada diri yang mulia, Rasulullah s.a.w. ketika Aisyah ditanya tentang akhlak beliau, maka dia berkata yang bermaksud:
          "sesungguhnya akhlak beliau adalah al-Quran".

Janganlah engkau hanya menjadi buah yang lazat tanpa kelebihan lain kecuali rasanya dan itu pun tidak dapat diketahui kecuali jika telah dikunyah. Ertinya,rasayang manis haruslah bersumbr dari bau yang harum dan keluar dari dirimu, kemudian menguatkan dalam diri. Kamu juga harus menghiasi diri dengan unsur-unsur lain yang baik dan perbanyaklah itu.

Bacalah Al-Quran pada tengah malam dan di penghujung siang dengan khusyuk dan penuh adab. Janganlah kamu umpamakan ia seperti perhiasan di lehermu atau papan yang menyangga dindingmu. Ketahuilah, para ahli kitab telah tertimpa bencana kerana mereka menjadikan Al-Quran di belakang punggung mereka atau menuduhnya sebuah sihir tanpa cuba membacanya, apalagi mengamalkannya.

Orang seperti itu tidak akan baginya bau harum dan rasa yang lazat, namun sebaliknya, asap hitamakann membekas pada diri mereka seperti peraian besi yang penuh dengan asap dan abu, yang warna hitamnya akan membekas juga kepada orang yang meniupnya.

Oleh kerana itu, jadikanlah Al-Quran, wahai rakan-rakanku, sebagai temanmu dan kekasihmu, di mana sahaja kamu berasa sebagai jalan pembimbingmu untuk dapat berjalan lurus dalam kehidupan kamu dan keluarga.Ketahuilah bahawa semua itu tidak akan dapat mengangkat nama baikmu dan memuliakan hubunganmu dengan sesama hamba Allah yang lain..

wasalam dari saya,, renungkan-renungkanlah dan selamat membaca... ^-+